"10 Cabaran Duit Anak Muda 20-an"



1) Bila umur anda sudah mencecah 20 tahun, anda perlu sedar bahawa ibu bapa anda tidak boleh menanggung anda selamanya.

2) Ketika anda sudah mencecah 20 tahun, anda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada zaman kanak-kanak anda dan ucapkan selamat datang kepada "zaman hutang".

3) Hutang ketika anda berumur 20 an bukannya hutang biasa-biasa. Tetapi anda akan berhadapan dengan hutang yang gila-gila.

4) Hutang yang akan anda hadapi bukannya setahun dua,tetapi berpuluh-puluh tahun. Hutang ptptn, hutang kereta, hutang rumah,hutang kad kredit, "Tersilap langkah, merana sampai ke tua".

5) Ketika anda berumur 20 an, anda akan berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Semua orang mencari pekerjaan hanya dengan satu matlamat iaitu ingin "mencari duit" dan "teruskan kehidupan".

6) Ketika di fasa umur 20 an, anda akan rasa tercabar apabila melihat rakan-rakan anda mendapat pekerjaan yang baik. "Jika pekerjaan baik, gaji pun mestilah baik".Tetapi diri kita masih tercari-cari kerja yang baik.

7) Jangan cepat mengalah. Rezeki kita sentiasa ada. Sekurang-kurangnya kita sudah memasang niat untuk mencari duit yang halal.

8. Ketika umur kita mencecah 20 tahun, kita juga akan dapat mengetahui siapa kawan baik dan musuh dalam selimut yang sentiasa bersama kita.

9) Ada kawan yang sentiasa bersama dengan kita hanya kerana kita berduit.Di masa kita berduit, dia hanya tahu meminjam, tetapi nak bayar tidak reti langsung.Haha.Ada kawan yang sentiasa bersama ketika anda susah dan senang.Di masa anda tersepit, dia lah yang akan menghulurkan duit kepada anda.

10) Secara keseluruhannya, orang yang menghargai nilai duit pasti akan menghormati setiap sen duit yang dibelanjakan. Apabila anda sudah berjaya, jangan pernah lupa kepada ibu bapa anda yang sentiasa berkorban untuk memberikan duit kepada anda. "Tanpa mereka, kita tidak akan mampu bertahan sehingga ke hari ini".

 - Aidil Adha-

Comments

Popular posts from this blog

ASBF VS ASB. Mana yang lebih untung ?

CWA rebranding as Principal Asset Management Berhad.