Simpan sebulan RM550 selama 3 tahun boleh beli rumah & kahwin.


Anak muda harus ikot cara ni jika mahu berumah tangga dan juga mempuyai aset rumah sekurangnya sebiji ataupon lebih. Bagi pendapatan rendah dan sederhana boleh follow cara ini. Ajak pasangan anda sekali .

Setiap orang lakukan simpanan, tapi adakah dengan cara yang betul ? ada set matlamat ?

Bila seseorang simpan dengan tiada matlamat ibarat bawa kereta tiada hala tuju.. hehe pasti ada yang macam ni kan ? 

Tahun pertama mohon ASB Financing 100K , bayaran bulanan Rm550 , tempoh pembiyaan maksimum 30 tahun , tiada takaful... Ambil tempoh 30 tahun sebab nak bayar murah.

Selepas setahun.. katakan dividen ialah 6.75%, jumlah sijil pembiyaan ASB anda 100K. Jumlah dividen awal tahun yang dapat RM6,750. Apa nak buat dengan dividen yang dapat ? Korang jangan guna aku sebat nanti...hehe 

Lepas dapat dividen mohon lagi Asb financing 100K, kali ni guna RM6,750 yang dapat masa dividen untuk bayar setahun, sebulan kan RM550, so darab 12 bulan RM6600. Guna Rm6,600 untuk bayar terus setahun.. mudah citer. Baki RM150 tu bagi mak  untuk beli barang dapur. 

Sijil ASB yang pertama bayar konsisten setiap bulan sampai 3 tahun... Sijil Asb yang kedua bayar guna dividen yang dapat.. layan sampai 3 tahun.. 3 tahun lama ? korang kerja 3 tahun pon ade yang takde saving lagi kan ? 

Sekarang ASB korang dah ade 200K. Baki terendah dalam ASB ialah 200K, so dividen dikira berdasarkan 200K. 


Selepas 3 tahun berapa yang dapat...

Dividen akhir : RM 13,500
Dividen terkumpul : RM 13,955
Asbf pertama (36 bulan prinsipal) = RM 4,551
Asbf kedua    (24 bulan prinsipal ) =RM 2,922

Total : RM 34,928

Banyak jugak kan ? jika korang boleh simpan sendiri sebulan RM550 kat tempat lain pon xkan dapat seperti jumlah ni... cuba bayangkan kalau pasangan korang buat sekali.. so dah jadi RM 69,856... pergh berdarah hidung dapat cash kat tangan kalau macam ni..

Wat lek wat peace.. wajib follow yang ni.. korang SHARE ye post ni.. biar kawan pon tahu..

FOLLOW.
1. Lepas 3 tahun ASBF akan dapat anggaran kasar RM 34,928

2. Beli rumah harga 200K kebawah, jika beli rumah 100K korang akan dapat dua, Nak beli pon kena ada ilmu jugak.

3.Baki cash ade RM 14,928, guna duit ni untuk kahwin.. 10K Cukup kan ? hehe jimat2 la ye.. kawin sehari jee... lepas kawin tu yang nak pakai duit banyak.

4. Baki RM 4,928 boleh buat duit kecemasan atau duit honeymoon.. suka la tuu .. hehe 

5. Lepas setel semua.. mohon semula ASBF ikot selesa korang.. sebab dah ade pengalaman kan.. Masa ni timba ilmu pelaburan hartanah pulak.. 

P/S
* 1. Dividen dikira secara purata 6.75% setiap tahun.
   2. Bonus tidak dikira.. 
   3. Tiada takaful di dalam pembiyaan ASBF
   4. Pengiraan secara kasar sahaja.


Sumber FB: Fendi karim

Pertanyaan Lanjut Hubungi.. Fendi Karim








Comments

Popular posts from this blog

ASBF VS ASB. Mana yang lebih untung ?

CWA rebranding as Principal Asset Management Berhad.