[ TIPS ] SIMPAN RM550 SELAMA 2 TAHUN BOLEH KAWIN, BELI RUMAH DAN KERETA..


Tips ini sesuai untuk gaji RM1,500 keatas. Bagaimana caranya ?

Sekiranya anda masih bujang, pasti boleh simpan sebulan RM550, atau jika anda dah kawin boleh kongsi dengan pasangan. Yang couple sesuai ajak pasangan sama2 menyimpan, kata sehidup semati. Hehe

Tahun pertama....
Mohon ASB Financing 100k
Bayaran bulanan : RM550
Keuntungan bank : 5.2%
Takaful asb : Tiada
Tempoh pembiyaan : 30 tahun

Lepas setahun dan dapat dividen 6.75%. Anda akan dapat RM6,750.
Lepas dapat dividen, keluarkan semua dividen yang dapat. Mohon lagi ASB financing 100k. Guna modal dari dividen sijil pertama.

Ansuran bulanan : RM550
Ansuran setahun : RM550 X 12 = RM6,600
Baki dividen : Rm150

Awal tahun ketiga selepas dividen. Lepas dapat dividen awal bulan January.Total sijil ASB anda 100K + 100K. Kiraan dividen berdasarkan 200K. Dividen 200K X 6.75% = Rm13,500

Tambah dengan pulangan prinsipal.
Sijil Asb 100K pertama (24 bulan) : RM2,922
Sijil Asb 100K kedua (12 bulan): RM1,423
Jumlah kasar : Rm13,500 + RM4,345 = RM17,845

Dengan jumlah RM17,845 anda dah boleh plan perkara yang terpancar dalam lubuk fikiran masing2. Sabar jangan enjoy duit ni.

FOLOW NI
1. Ajaklah pasangan buat sekali. So dah ade 34k

2. Nak beli rumah ? Cari yang medium cost cth 100K. Deposit rumah 10k. Kena pandai cari, mudah kan ade.

3. Baki 7k boleh buat kahwin. Tak grand pon xpe. Janji kahwin. Asalkan halal. Boleh cari sponsor sekali. Pasangan pon buat sekali dah xjadi masalah jika xcukup budget.

4. Rumah yang dah dibeli tu sewakan, pastikan ada tenancy agreement & cash masuk dalam akaun anda. Rumah tu boleh sewakan satu bilik 300. Ikot pada game plan anda.

5. Ade lebihan 400 selepas bayar komitmen rumah. Guna lebihan untuk bayar ansuran kereta anda.


P/s : 1. Kiraan di atas secara kasar sahaja tanpa ada bonus dan promotion rate.

2. Sambil simpan di ASB, belajar tentang selok belok hartanah, cara sewakan hartanah dan teknik2 lain.



BERMINAT????

Comments

Popular posts from this blog

ASBF VS ASB. Mana yang lebih untung ?

CWA rebranding as Principal Asset Management Berhad.